TRIBUNAL FORM

The Tribunal for Consumer Claims is an independent body established under Section 85, Part XII of the Consumer Protection Act 1999. The Tribunal operates under the Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism. The primary objective of establishing the Tribunal is to provide an alternative forum for consumers to file claims in a simple, inexpensive and speedy manner.

SOALAN LAZIM : TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH (TTPR)

1. Apakah bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)?
Bidang kuasa TTPR dihadkan kepada suatu tuntutan yang berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen. TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia.

2.Bolehkah pembeli rumah memfailkan tuntutan di TTPR jika projek perumahan itu terbengkalai?
Tidak. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah atau apartmen berkenaan disiapkan atau perjanjian jual beli telah ditamatkan.

3.Apakah jenis tuntutan yang boleh difailkan?
Terdapat dua (2) bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu;

Tuntutan Teknikal
Tuntutan Bukan Teknikal
Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan dan jika rumah atau apartmen tidak dibina mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.

Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong.


4.Berapakah jumlah maksimum yang boleh dituntut?
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM50,000 melainkan pihak-pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.

5.Apakah tempoh masa untuk pemfailan tuntutan?
Semua tuntutan hendaklah difailkan tidak lewat 12 bulan dari:
tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau
tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran CCC, yang mana terkemudian.

6.Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan?
Pembeli rumah hendaklah memfailkan empat (4) salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.

Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:

satu (1) salinan perjanjian jual beli - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal
satu (1) salinan surat penyerahan milikan kosong - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal
satu (1) salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC) - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal
sebut harga pembaikan oleh kontraktor - Tuntutan Teknikal
gambar kerosakan atau kecacatan - Tuntutan Teknikal
Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.

Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam empat (4) salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.

7.Adakah pembeli rumah perlu mendapatkan kebenaran daripada pembiaya sebelum memfailkan tuntutan di TTPR?
Tidak. Pembeli rumah perlu memaklumkan pembiaya melalui notis secara bertulis sebelum atau dalam masa 14 hari selepas tuntutan difailkan di TTPR.

8.Apakah yang harus dilakukan jika pemaju gagal untuk mematuhi award?
Pembeli rumah boleh mengambil tindakan yang berikut:

Tindakan Sivil

Pembeli boleh memaklumkan kepada TTPR dan TTPR akan mendaftarkan Award berkenaan di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen.

TTPR akan menghantar satu (1)salinan Award yang telah direkodkan kepada pembeli rumah. Award yang direkodkan hendaklah dianggap sebagai perintah mahkamah dan pembeli rumah boleh melaksanakannya melalui tindakan sivil.

Tindakan Jenayah
Pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Telefon : 603 - 8891 4410
Emel : enforcement@kpkt.gov.my

Pemaju boleh didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Award.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pengerusi
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 3, No.51, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8891 4758 / 4746 / 4774
No. Faksimile : 03-8891 4755
E-mel : tribunal@kpkt.gov.my




Tribunal Form 1




Tribunal Form 2


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.